Selasa, 12 November 2013

PROFESIONALISME GURU

KONSEP PROFESION

Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. untuk mencapai tahap tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengalaman pengetahuan sistematik berasaskan teori diperlukan. Menurut Lieberman (1956), profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perhidmatan, mempunyai tatatusila perhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Menurut Kamus Dewan (2005), prfesin ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas.



KONSEP PROFESIONAL

Profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut  yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion iaitu:
  • Ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam
  • Kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu
  • Adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
  • Kebenaran atau perstujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi
Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Menurut Hoyle (1980), menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.