Khamis, 12 September 2013

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PARA TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

MARTIN LUTHER
Martin Luther hidup pada 1483-1546. Luther yang pertama kali menunjukkan perlunya sekolah. Ia menekankan bahawa sekolah digunakan untuk mengajar anak membaca. Beliau berkeyakinan bahawa keluarga sebagai institusi yang paling penting untuk membuat dasar pendidikan dan perkembangan anak. Dua pandangan ini menunjukkan bahawa Luther menempatkan pendidikan sebagai sesuatu yang penting dalam hidup kanak-kanak. Tanpa pendidikan kanak-kanak tidak akan mendapatkan bekal dalam kehidupannya kelak. Oleh itu, keluarga dan sekolah perlu dijadikan tempat yang bermanfaat bagi kanak-kanak.

SAINS AWAL KANAK-KANAK

DEFINISI DAN KONSEP SAINS AWAL KANAK-KANAK

Pengertian sains
Mengikut Abruscato (1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Ia melibatkan nilai-nilai bagi menentukan aplikasi pengetahuan saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab dan prihatin serta hormat pada alam sekitar.

      Menurut Gene Holt (1979) sains adalah pemikiran dan perbuatan yang berlaku seiring pada kanak-kanak. Sains merupakan perkara yang menghairankan, menakjubkan dan menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk meneroka.

      Menurut (Brewer (1995) sains merupakan suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu tindakan dan kesan kejadian dan peristiwa. Ia juga merupakan sesuatu yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah.

      Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat menggalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dan membuat inferens. Fenomena yang berlaku di sekeliling kita membuka ruang bagi kanak-kanak meneroka alam sekeliling dalam proses mendapatkan jawapan, membina kefahaman dan menguasai kemahiran. Dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan. Kanak-kanak juga seperti saintis boleh membuat pemerhatian, ramalan dan membina kesimpulan berdasarkan pengalaman dan interaksi mereka dengan alam sekitar.

      Penerokaan adalah aspek penting dalam proses saintifik. Melalui penerokaan kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelaskan dan membina soalan (Johnson, 1996). Interaksi dengan alam sekitar membantu kanak membina kefahaman konseptual saintifik di samping membentuk sikap dan minat dalam sains seperti ingin tahu, tabah, ikram dan jujur. Dapatan kajian (Driver & Erickson, 1983; Fensham, 1984; Osborne & Freyberg, 1985) menunjukkan kanak-kanak membina kefahaman mengenai fenomena alam semula jadi daripada pengalaman harian mereka. Idea atau kefahaman yang dibentuk melalui penerokaan dan pengalaman seharian biasanya tidak lengkap dan kadangkala bercangah dengan konsep yang diketengahkan melalui pengajaran sains. Namun begitu idea awal yang terbentuk melalui pengalaman dan interaksi kanak-kanak dan alam sekeliling menjadi asas pada pembelajaran yang seterusnya. Melalui pengalaman ini, kanak-kanak membina satu set jangkaan dan kefahaman atau pemikiran intuitif bagi menjelaskan mengapa sesuatu fenomena itu berlaku. Gilbert (1982) menyamakan kefahaman intuitif sebagai sains kanak-kanak.

PEMBUKA BICARA

Hai ini blog baru saya, ini adalah ruang pertama saya.Segala tunjuk ajar amat dialukan-alukan.Selamat Datang..